Tuesday, February 12, 2008

Harga sebuah persahabatan

Perasaanku kini bagai laut yang sedang bergelora. Banyak yang perluku fikirkan memandangkan aku akan tamat pengajian. Aku pergi berjumpa dengannya semalam memandangkan telah lama kami tidak berbual-bual. Dia bertanyakan aku sama ada aku akan tinggal bersama dengan mereka selepas tamat pengajian nanti. Aku amat buntu. banyak faktor yang perlu aku ambil kira, di mana wang menjadi punca utama. Keduanya, adakah persahabatan kami akan bertukar warna andai kata aku memilih untuk tidak tinggal bersama. Aku tahu, setelah mengambil keputusan, aku tidak boleh berpatah balik lagi. Ya Tuhan Yesus, berilah tunjuk ajar kepada hambamu yang sesat jalan ini.

No comments: